Laksa Johor hidangan 3 Syawal 1441H.
Memandangkan PKPB masih berjalan, saya buat separuh dari resepi (8-10 hidangan dewasa)
Bahan2:
1 peket spageti (direbus dgn 1sdb minyak masak)
Bahan A:
1kg Ikan kembung/sardin + sepotong ikan parang direbus, dikisar dan ditapis
Bahan B:
3 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
15-20 tangkai cili kering*
2 ibu jari halia*
2 ibu jari lengkuas*
2 ibu jari kunyit hidup*
2 batang serai
2 keping asam keping
1 kotak kecil santan
1 paket kerisek
1 paket kecil rempah kari ikan
Sambal belacan (dikisar):
3 biji Lada merah
2 genggam Cili padi
2 ulas bawang putih
2 biji (saiz kecil) belacan bakar
1 sdb gula
4 sdn air perahan limau kasturi
Bahan hiasan:
Limau kasturi dipotong 2
Tauge dibuang ekor
Timun
Daun selasih diracik
Lada merah hiris
Kacang panjang celur
Cara² untuk kuah:
1) tumiskan bahan bertanda * hingga berbau harum dan pecah minyak.
2) masukkan serbuk kari ikan, serai, asam keping dan isi ikan yang dikisar bersama air rebusan tadi.
3) biarkan mendidih seketika dan masukkan kerisek dan santan.
4) perasakan dengan garam dan gula nise dan biarkan mendidih dengan api kecil seketika.
5) hidangkan bersama bahan hiasan dan sambal belacan.
✓penggunaan spageti selalunya menjadi tanda tanya. Sekiranya mahu menggunakan bihun, mee kuning atau laksa beras pun silakan..
✓orang Johor selalu makan laksa Johor menggunakan tangan 😉